Permohonan maaf daripada Datuk Faroz Jakel berhubung kekhilafan yang berlaku, yang melibatkan salah seorang ahli keluarganya. Semoga menjadi pengajaran kepada kita semua terutamanya kepada pemilik, tokoh perniagaan dan usahawan yang sudah berjaya, ingatlah kami pengguna yang sentiasa menyokong anda. “Salam Ramadan, saya Mohamed Faroz Bin Mohamed Jakel, ingin memberi pencerahan tentang posting yang tular pada 1 Mei baru-baru ini oleh adik saya, Muzaffar yang mana beliau telah membuat satu kenyataan yang menyinggung perasaan seluruh rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu kita. “Saya juga terkesan dengan posting tersebut. Saya juga marah. Tapi perkara telah berlalu, segala kekhilafan ini berlaku mungkin salah faham. Tapi telah ditokok tambah oleh posting-posting yang tidak berapa tepat dan sebagainya,” ujarnya. Selepas itu..Muzaffar tampil membuat video memohon maaf atas apa yang berlaku. PERMOHONAN MAAF DARI MUZAFFAR JAKEL Adik kepada Datuk ...