Skip to main content

EMPAT TANAMAN MUDAH TANAM DALAM PASU DAN MEMBERIKAN HASIL

1. Lada Solok

Solok lada atau juga dikenali sebagai lada sumbat merupakan sejenis masakan tradisional Melayu. Masakan ini popular di negeri Kelantan dan Terengganu dan merupakan hidangan istimewa di sana. Solok lada dibuat daripada lada hijau yang dibelah dan disumbat dengan inti yang diperbuat daripada kelapa parut, isi ikan, dan santan. Lauk ini biasanya dimakan bersama nasi kerabu.

Tapi nak tanam pokok dia pon senang, tonton video ini:


Kenali Musuh pokok ini :


2. Serai

Jenis-jenis Serai Terdapat 2 jenis serai yang terkenal dan ditanam di Malaysia dengan 2 tujuan sebagai serai makan dan serai untuk perubatan serta kesihatan. Serai Makan (cymbopogoncitratus) ditanam dengan tujuan untuk dimasukkan ke dalam masakan. Serai Wangi (cymbopogonnardus) pula ditanam untuk mendapatkan minyak pati yang sangat berguna untuk tujuan kesihatan. Minyak pati tersebut digunakan bagi kegunaan luar mengubati sakit perut, angin yang mengakibatkan kembung perut, serta masalah hilang selera makan. Selain itu, serai juga boleh diekstrak sebagai penghalau serangga (insect repellent).

Cara Tanam Serai dalam pasu :


3. Daun Ketumbar / daun sup

Daun Saderi, daun sup atau ranting suri merupakan sejenis sayur yang berbatang lembut yang kaya dengan zat besi, fosforus, natrium, kalium, karotena, vitamin A, B-Kompleks dan C dan magnesium. Daun ini dikenali sebagai Apium graveolens dan berasal dari keluarga Dulce umbelliferae.
Ia juga boleh dibuat ulam. Rasanya manis, rangup dan berbau wnagi. Ia herba renek berbatang lembut dengan ketinggian 30 hingga 45 cm. Tumbuh berumpun, batang bersegi, berwarna hijau muda, dan terkandung banyak air. Daun majmuk dengan tangkai daun yang panjang, tepi bergerigi kasar, pucuk muda berwarna hijau muda dan bertukar warna hijau tua apabila telah matang, berbau wangi. Bunga majmuk, kecil, putih, terdapat dalam jambak bunga yang keluar dari celah ketiak daun. Buahnya kecil dan halus. Untuk menggunakan daun sup untuk masakan, jangan cabut keseluruhan pokok tersebut. Setakat ambil sahaja daunnya sahaja sebanyak mana yang diperlukan dan yang selebihnya boleh diambil apabila diperlukan supaya anda sentiasa mendapati daun yang segar. Lebih elok ambil daun yang lama dan biarkan pokoknya tumbuhkan daun baru. Dikenali sebagai Celery Leaves / Chinese Celery Jenis berakar serabut (halus) Baunya lebih harum dan lembut. Hampir semua orang suka baunya. Batang lebih panjang Daun yang lebar serta jarang. Sering digunakan untuk campuran sup dan hiasan seperti mee goreng.

Cara Tanam Daun Sup :


4. Daun Bawang

Bawang merah memang menjadi antara bahan utama dalam masakan. Hampir semua masakan Malaysia ada menggunakan bawang merah sebagai bahan seperti telur dadar, masak kicap, masak sambal dan lain-lain lagi. Apabila ada kes bawang dari China banyak guna racun, kita jadi takut untuk membeli bawang dari sana. Tetapi memang pun banyak bawang merah di Malaysia kita import dari China. Antara penyelesaian mudah adalah kita tanam sendiri bawang merah. Perlu tahu bahawa hasil bawang itu tidak akan sebanyak hasil dari negara asal. Tapi tidak lah bermakna kita tidak boleh menanam bawang merah di sini, bukan?

Cara Tanam Daun Bawang :






Comments

Popular posts from this blog

LAGU LEGEND ZAMAN DULU " Ala Ala Tok Jangan Saman "

Lirik lagu Saman Saya nampak tu * A la la la la tuk A la la la la tuk Tuk jangan saman Tolong ** A la la la la tuk A la la la la tuk Tuk kita kawan Sape kawan Saya minta tolong pada datuk Jangan saman Saya ada perjumpaan Dengan persatuan Surat saman macam ini Saya ada lapan Termasuk yang ini wahai datuk Sudah sembilan Tolonglah datuk (tolong datuk) Tolonglah jangan saman (jangan saman) (Encik dengar sini, hey) Mana boleh tidak saman Pandu kereta tak reti perlahan Orang lain pun guna jalan Mereka ikut peraturan Besok bayar saman ini Ini sudah sembilan kali Kali ini jangan lalai Nanti awak tidur tidur balai Ulang * dan ** Saya janji pada datuk Sumpah saya tak buat lagi tuk (betul ke) Pandu kereta laju laju Takut langgar tembok Saya tak tipu Saya cakap betul Saya janji pada datuk Betul betul punya janji Saya tak buat lagi Tolonglah datuk (tolong datuk) Tolonglah jangan saman (jangan saman) (Dengar sini, hey) Lapan saman tidak bayar Ja...

Pak Cik Kebun Kongsi Cara Tanam Pokok Sachia Inchi Yang Mahal Harganya

CARA TANAM POKOK KACANG OMEGA SACHIA INCHI ANTARA YANG TERMAHAL DIPASARAN Disebabkan ramai yang tanya macam mana Pak Cik Kebun semai, Kat sini nak kongsi cara Semai Dari biji benih / keratan batang @ akar sampai ke boleh tuai. Pak Cik Kebun harap perkongsian ni bermanfaat kat korang dapat rasa Hasil Semai sendiri. 1. Cara Sediakan Media Organik : https://youtu.be/VxKSGMG1lvA 2. Cara Elak Serangan Perosak : https://youtu.be/nuRtfzKXuew 3. Cara Periksa Keadaan Tanah : https://youtu.be/JtD3gmW6dZg #crops #agriculture #farming #farm #nature #farmers #farmlife #farmer #india #organic #plants #harvest #photography #horticulture #farminglife #agricultura #crop #fields #agro #agriculturelife #gardening #field #landscape #wheat #sustainability #food #farms #ag #naturephotography #bhfyp

BILA POKOK TOMATO DAH BESAR KENA JAGA - JAGA DENGAN SERANGAN PEROSAK

  BILA POKOK TOMATO DAH BESAR KENA JAGA - JAGA DENGAN SERANGAN PEROSAK Disebabkan ramai yang tanya macam mana Pak Cik Kebun semai, Kat sini nak kongsi cara Semai Dari biji benih / keratan batang @ akar sampai ke boleh tuai. Pak Cik Kebun harap perkongsian ni bermanfaat kat korang dapat rasa Hasil Semai sendiri. 1. Cara Sediakan Media Organik : https://youtu.be/VxKSGMG1lvA 2. Cara Elak Serangan Perosak : https://youtu.be/nuRtfzKXuew 3. Cara Periksa Keadaan Tanah : https://youtu.be/JtD3gmW6dZg #crops #agriculture #farming #farm #nature #farmers #farmlife #farmer #india #organic #plants #harvest #photography #horticulture #farminglife #agricultura #crop #fields #agro #agriculturelife #gardening #field #landscape #wheat #sustainability #food #farms #ag #naturephotography #bhfyp Follow us on Social Media : BLOG : https://mediatanahmelayu.blogspot.com/ SUBSCRIBE NOW : https://www.youtube.com/c/HarryAscottStudios?sub_confirmation=1 SHOPEE : ht...