#daunsup #caratanam #kebun #bandar
Daun Saderi, daun sup atau ranting suri merupakan sejenis sayur yang berbatang lembut yang kaya dengan zat besi, fosforus, natrium, kalium, karotena, vitamin A, B-Kompleks dan C dan magnesium. Daun ini dikenali sebagai Apium graveolens dan berasal dari keluarga Dulce umbelliferae. Ia juga boleh dibuat ulam. Rasanya manis, rangup dan berbau wnagi. Ia herba renek berbatang lembut dengan ketinggian 30 hingga 45 cm. Tumbuh berumpun, batang bersegi, berwarna hijau muda, dan terkandung banyak air. Daun majmuk dengan tangkai daun yang panjang, tepi bergerigi kasar, pucuk muda berwarna hijau muda dan bertukar warna hijau tua apabila telah matang, berbau wangi. Bunga majmuk, kecil, putih, terdapat dalam jambak bunga yang keluar dari celah ketiak daun. Buahnya kecil dan halus. Untuk menggunakan daun sup untuk masakan, jangan cabut keseluruhan pokok tersebut. Setakat ambil sahaja daunnya sahaja sebanyak mana yang diperlukan dan yang selebihnya boleh diambil apabila diperlukan supaya anda sentiasa mendapati daun yang segar. Lebih elok ambil daun yang lama dan biarkan pokoknya tumbuhkan daun baru. Dikenali sebagai Celery Leaves / Chinese Celery Jenis berakar serabut (halus) Baunya lebih harum dan lembut. Hampir semua orang suka baunya. Batang lebih panjang Daun yang lebar serta jarang. Sering digunakan untuk campuran sup dan hiasan seperti mee goreng.
Lirik lagu Saman Saya nampak tu * A la la la la tuk A la la la la tuk Tuk jangan saman Tolong ** A la la la la tuk A la la la la tuk Tuk kita kawan Sape kawan Saya minta tolong pada datuk Jangan saman Saya ada perjumpaan Dengan persatuan Surat saman macam ini Saya ada lapan Termasuk yang ini wahai datuk Sudah sembilan Tolonglah datuk (tolong datuk) Tolonglah jangan saman (jangan saman) (Encik dengar sini, hey) Mana boleh tidak saman Pandu kereta tak reti perlahan Orang lain pun guna jalan Mereka ikut peraturan Besok bayar saman ini Ini sudah sembilan kali Kali ini jangan lalai Nanti awak tidur tidur balai Ulang * dan ** Saya janji pada datuk Sumpah saya tak buat lagi tuk (betul ke) Pandu kereta laju laju Takut langgar tembok Saya tak tipu Saya cakap betul Saya janji pada datuk Betul betul punya janji Saya tak buat lagi Tolonglah datuk (tolong datuk) Tolonglah jangan saman (jangan saman) (Dengar sini, hey) Lapan saman tidak bayar Ja...
Comments
Post a Comment