Skip to main content

KEBUN BANDAR | Panduan Menanam Pokok Pegaga Original Kampung

 Pegaga boleh dimaklumkan sebagai ulam yang bernutrisi dan berkhasiat. Ia boleh dimakan mentah atau dimasak. Rasanya agak sedikit pahit, dan sering digunakan oleh orang Asia untuk memasak sebagai sayuran tambahan. Diakhir penyediaan hidangan seperti kari, mi goreng atau nasi goreng, penyudah hiasan makanan tersebut biasanya diletakkan hiasan seperti hirisan daun pegaga, dan daun bawang. Masyarakat Nusantara juga menjadikan ekstrak pegaga sebagai minuman herba atau tonik herba atau jamu. Pegaga juga sering dimakan bersama nasi putih yang berlauk-pauk, daun pegaga dicicah dengan sambal belacan juga dijadikan pencuci mulut tradisional yang sedap dan pedas. Masyarakat India pula menjadikan ekstrak daun pegaga sebagai minuman musim panas yang dicampur ais dinamakan “thandaayyee”.

Pegaga telah digunakan sejak zaman dahulu kala khususnya dalam sistem perubatan yang mengamalkan kaedah Ayurvedic di India dan kaedah perubatan Cina. Lebih lagi, pegaga dipercayai mempunyai kelebihan dalam memberi kesan terus kepada masalah tekanan darah rendah dan selalu dirujuk sebagai ubat tradisional untuk mengembalikan keserian wajah dan awet muda. Pegaga adalah tumbuhan herba sukulen, malar hijau, tumbuhan saka yang hidup melata di atas tanah. Bunganya adalah ungu pucat ke merah jambu-merah, dan umbel punya dua hingga ke lima buah. Ia sedikit aromatik, dengan rasa pahit sederhana. Tanaman matang dalam tiga bulan dan seluruh pokok termasuk akar dituai secara manual. Pokok pegaga terkenal di kebanyakan negara di Asia, khususnya Asia Timur dan Asia Tenggara sebagai "Wira Ajaib Hutan Hujan Tropika". Ia mudah mengadaptasi dengan persekitaran yang luas, lapang, panas dan lembab. Pokok ulam pegaga ini boleh ditemui dari Iran di bahagian barat sehinggakan di Australia di bahagian timur. Ia juga kadang-kala dijumpai di Afrika Timur dan timur Madagaskar. Pegaga tumbuh di kawasan tropika yang terbuka dan tumbuh melata di padang rumput biasa, kebun, ladang, tepi jalan dan sebagainya. Di Indonesia, jenis-jenis pegaga yang ada ialah daun kaki kuda, tikusan, pani gowang, pegagan. Saiz diameter daun pegaga sebenarnya kecil sebesar perut ibu jari tangan. Daunnya seperti semanggi tidak menarik perhatian, dan ia selalu dianggap tumbuhan penyibuk seperti rumput-rumput kecil oleh kebanyakan orang. Namun hakikatnya, daun pegaga inilah mempunyai banyak khasiat yang amat menakjubkan. Daun pegaga boleh dimakan mentah atau dimasak sebagai sup, namun rasanya sedikit pahit. Ia sedap dimakan dengan sambal belacan. Daun pegaga mempunyai nilai kualiti yang memberikan kesan kebaikan kepada kesihatan tubuh badan. Pegaga disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai salah satu tumbuhan ubatan yang terpenting untuk dipulihara dan ditanam. — Herbs: The Green Pharmacy of Malaysia


Comments

Popular posts from this blog

Niimbot B21 Label Printer Wireless Bluetooth Thermal Label Sticker inkless Label Maker Review

  senang nak buat label pelbagai saiz stiker! #printers #printer #printing #design #print #graphicdesign #graphics #designer #digitalprinting #graphic #designs #artist #designed #business #professional #photoshop #illustrator #adobe #vector #cs #best #prints #hp #copiers #canon #webdesign #colorful #amazing #perfect #bhfyp

BILA POKOK TOMATO DAH BESAR KENA JAGA - JAGA DENGAN SERANGAN PEROSAK

  BILA POKOK TOMATO DAH BESAR KENA JAGA - JAGA DENGAN SERANGAN PEROSAK Disebabkan ramai yang tanya macam mana Pak Cik Kebun semai, Kat sini nak kongsi cara Semai Dari biji benih / keratan batang @ akar sampai ke boleh tuai. Pak Cik Kebun harap perkongsian ni bermanfaat kat korang dapat rasa Hasil Semai sendiri. 1. Cara Sediakan Media Organik : https://youtu.be/VxKSGMG1lvA 2. Cara Elak Serangan Perosak : https://youtu.be/nuRtfzKXuew 3. Cara Periksa Keadaan Tanah : https://youtu.be/JtD3gmW6dZg #crops #agriculture #farming #farm #nature #farmers #farmlife #farmer #india #organic #plants #harvest #photography #horticulture #farminglife #agricultura #crop #fields #agro #agriculturelife #gardening #field #landscape #wheat #sustainability #food #farms #ag #naturephotography #bhfyp Follow us on Social Media : BLOG : https://mediatanahmelayu.blogspot.com/ SUBSCRIBE NOW : https://www.youtube.com/c/HarryAscottStudios?sub_confirmation=1 SHOPEE : ht...

DIY & HACK | Cara Yang Betul Untuk Regular Maintenance Philips Robot Vacuum FC8794 | TUTORIAL PENUH

  Sebilangan besar pembersih robot ringkas dan boleh disimpan dengan mudah di mana sahaja di rumah. Mereka dapat digunakan untuk membersihkan kawasan yang sulit dijangkau kerana mereka dapat menggunakan sofa, kerusi, tempat tidur, meja, dll. Oleh itu, ada beberapa perkara yang harus anda ketahui tentang menjaga kekosongan robot anda. Video ini merangkumi petua penyelenggaraan yang paling penting untuk menjaga kekosongan robot anda, sehingga ia akan bertahan selama bertahun-tahun. Anda boleh membersihkan mata sensor (penutup kaca atau plastik jernih) dengan kain lembut dan air sabun suam. Jangan gunakan pembersih kaca, peluntur atau pencuci kerana boleh merosakkan lensa. Terdapat berus sisi pada beberapa pembersih vakum robot yang perlu dibersihkan dari semasa ke semasa. Keluarkan dan bilas dengan air suam. Anda boleh menggunakan sisir untuk mengeluarkan rambut atau serpihan lain. Jangan pasang semula berus sampingan sehingga kering sepenuhnya. Pastikan anda melakukan semua ya...