Skip to main content

TERKINI | CARA LANGGAN SUKUK PRIHATIN MELALUI JomPAY ATAU DuitNow

 Sukuk Prihatin di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang ditawarkan kepada umum boleh dilanggan menerusi JomPAY dan DuitNow yang boleh diakses melalui platform perbankan digital 27 bank di Malaysia.

Ia adalah instrumen patuh syariah berlandaskan prinsip Tawarruq melalui pengaturan Komoditi Murabahah untuk warga negara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas. Kementerian Kewangan (MOF) berkata, Maybank adalah bank pengedar utama bagi sukuk ini. "Pelaburan minimum Sukuk Prihatin ialah RM500 dan tiada had maksimum. Sukuk Prihatin akan diperuntukkan berdasarkan tarikh dan masa langganan yang paling awal (first come, first served). "Tempoh tawaran bagi Sukuk Prihatin ini ialah dari 18 Ogos hingga 17 September 2020. "Jumlah keseluruhan terbitan yang disasarkan ialah RM500 juta, dan Sukuk ini mempunyai tempoh matang selama dua tahun," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Majlis perasmian Sukuk Prihatin itu disaksikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Ia disempurnakan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. MOF berkata, dengan tawaran pulangan sebanyak dua peratus setahun, ia merupakan suatu instrumen yang sesuai untuk mempelbagaikan portfolio pelaburan (portfolio diversification). Keuntungan katanya akan dibayar setiap suku tahun dan dikecualikan cukai, serta terbitan sukuk patuh syariah ini adalah hasil permintaan dari pelbagai pihak untuk turut membantu di dalam usaha pemulihan ekonomi negara. Sehubungan itu katanya, kerajaan memutuskan bahawa terbitan sukuk yang menjadi satu pilihan instrumen yang telus dan bersesuaian dengan permintaan tersebut. "Pemegang sukuk diberikan pilihan untuk menyumbang pembayaran balik modal (prinsipal) apabila pelaburan matang selepas dua tahun. Sumbangan ini akan diberi potongan cukai yang sewajarnya. "Hasil terbitan Sukuk Prihatin akan disalurkan kepada Kumpulan Wang COVID-19 bagi pelaksanaan inisiatif pemulihan ekonomi. "Ini termasuk meningkatkan kesalinghubungan kepada sekolah-sekolah luar bandar, menampung perbelanjaan kesihatan berkaitan penyakit berjangkit dan membiayai PKS mikro terutamanya usahawan wanita," katanya. MOF berkata, maklumat lanjut mengenai terma dan syarat Sukuk Prihatin, sila hubungi bank-bank terbabit atau layari https://penjana.treasury.gov.my/ .


TONTON VIDEO INI UNTUK CARA MELANGGAN SUKUK PRIHATIN


Comments

Popular posts from this blog

Niimbot B21 Label Printer Wireless Bluetooth Thermal Label Sticker inkless Label Maker Review

  senang nak buat label pelbagai saiz stiker! #printers #printer #printing #design #print #graphicdesign #graphics #designer #digitalprinting #graphic #designs #artist #designed #business #professional #photoshop #illustrator #adobe #vector #cs #best #prints #hp #copiers #canon #webdesign #colorful #amazing #perfect #bhfyp

BILA POKOK TOMATO DAH BESAR KENA JAGA - JAGA DENGAN SERANGAN PEROSAK

  BILA POKOK TOMATO DAH BESAR KENA JAGA - JAGA DENGAN SERANGAN PEROSAK Disebabkan ramai yang tanya macam mana Pak Cik Kebun semai, Kat sini nak kongsi cara Semai Dari biji benih / keratan batang @ akar sampai ke boleh tuai. Pak Cik Kebun harap perkongsian ni bermanfaat kat korang dapat rasa Hasil Semai sendiri. 1. Cara Sediakan Media Organik : https://youtu.be/VxKSGMG1lvA 2. Cara Elak Serangan Perosak : https://youtu.be/nuRtfzKXuew 3. Cara Periksa Keadaan Tanah : https://youtu.be/JtD3gmW6dZg #crops #agriculture #farming #farm #nature #farmers #farmlife #farmer #india #organic #plants #harvest #photography #horticulture #farminglife #agricultura #crop #fields #agro #agriculturelife #gardening #field #landscape #wheat #sustainability #food #farms #ag #naturephotography #bhfyp Follow us on Social Media : BLOG : https://mediatanahmelayu.blogspot.com/ SUBSCRIBE NOW : https://www.youtube.com/c/HarryAscottStudios?sub_confirmation=1 SHOPEE : ht...

DIY & HACK | Cara Yang Betul Untuk Regular Maintenance Philips Robot Vacuum FC8794 | TUTORIAL PENUH

  Sebilangan besar pembersih robot ringkas dan boleh disimpan dengan mudah di mana sahaja di rumah. Mereka dapat digunakan untuk membersihkan kawasan yang sulit dijangkau kerana mereka dapat menggunakan sofa, kerusi, tempat tidur, meja, dll. Oleh itu, ada beberapa perkara yang harus anda ketahui tentang menjaga kekosongan robot anda. Video ini merangkumi petua penyelenggaraan yang paling penting untuk menjaga kekosongan robot anda, sehingga ia akan bertahan selama bertahun-tahun. Anda boleh membersihkan mata sensor (penutup kaca atau plastik jernih) dengan kain lembut dan air sabun suam. Jangan gunakan pembersih kaca, peluntur atau pencuci kerana boleh merosakkan lensa. Terdapat berus sisi pada beberapa pembersih vakum robot yang perlu dibersihkan dari semasa ke semasa. Keluarkan dan bilas dengan air suam. Anda boleh menggunakan sisir untuk mengeluarkan rambut atau serpihan lain. Jangan pasang semula berus sampingan sehingga kering sepenuhnya. Pastikan anda melakukan semua ya...