Tanaman mempunyai 4 keperluan utama iaitu air, nutrien, cahaya dan udara untuk hidup. Bagi memastikan tanaman hidup dan tumbuh dengan baik ianya perlulah mendapat dengan mencukupi 4 perkara ini. Tanaman boleh mendapatkan keperluan-keperluan ini dari persekitaran tetapi kebiasaannya nutrien perlu dibekalkan kerana nutrien di dalam tanah berkurangan disebabkan diambil oleh tanaman. Nutrien merupakan makanan untuk tanaman dan ianya boleh dibekalkan dengan menggunakan baja. Terdapat pelbagai jenis baja yang digunakan untuk tanaman yang secara amnya boleh dibahagikan kepada dua iaitu baja sintetik dan baja organik. Baja sintetik dihasilkan daripada campuran bahan kimia seperti ammonium nitrat, kalium sulfat, dan ammonium fosfat. Baja sintetik kebiasaannya mengandungi sekurang-kurangnya 3 nutrien utama iaitu nitrogen, fosforus, dan kalium. Selain daripada tiga nutrien yang disebut di atas terdapat sekurang-kurangnya 10 jenis nutrien lain yang diperlukan tanaman seperti magnesium dan ...
Berkongsi Ilmu Pengetahuan | Pendedahan Bisnes Mudah | Membantu Promosi Produk Bumiputera